PELANCONGAN DALAM NEGERI (IN BOUND)

Perkhidmatan Van dan Bas Persiaran

Syarikat menyediakan perkhidmatan van dan bas pelancongan untuk laluan di Semenanjung Malaysia kepada para pelancong. Bas ekspres turut disediakan bagi menampung permintaan yang semakin tinggi seterusnya memudahkan penumpang ke destinasi yang dikehendaki.

Kondisi bas yang baik serta pemandu yang berhemah akan menjamin keselamatan dan keselesaan para penumpang. Kami turut membawa pelancong mengenali dan menikmati keindahan dan keunikan Negeri Terengganu.

 

Pakej-pakej Lawatan

Syarikat menyediakan pakej-pakej pelancongan yang menarik dan unik kepada para pelancong. Antaranya adalah Tasik Kenyir, Lata Tembakah di Besut, Kelip-kelip di Sungai Ibok Kemaman, River Cruise di Sungai Terengganu dan Sungai Marang, mencandat sotong di Pulau Kapas dan sebagainya. Selain pakej pelancongan di Negeri Terengganu, kami juga menyediakan pakej-pakej di negeri-negeri lain seperti Cherating, Taman Negara, Kota Bharu, Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Kuala Lumpur dan lain-lain lagi.

 

Pakej Penginapan

Syarikat turut menawarkan pakej-pakej penginapan dengan kerjasama daripada syarikat tempatan kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan. Antaranya adalah penginapan di Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Tenggol, Pulau Lang Tengah dan juga penginapan lain yang terdapat di seluruh Negeri Terengganu.

PELANCONGAN KE LUAR NEGERI (OUT BOUND)

Pakej-pakej lawatan

Syarikat menyediakan pakej-pakej pelancongan yang menarik dan unik kepada para pelancong. Antaranya adalah Tanjung Balai, Medan, Bandung, Jakarta, Padang, Parapat, Kemboja dan Phnom Penh, Thailand.

 

Selain pakej pelancongan, syarikat turut menawarkan pakej-pakej penginapan dengan kerjasama daripada syarikat luar negeri kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan. Antaranya adalah penginapan di Pulau Bali, Pulau Karimun, Pulau Phuket dan sebagainya.