MENU CLOSE

Kuala Terengganu City Tour + Kemaman City Tour

Minimum : 10 Orang

Destinasi :

  • Masjid Tengku Tengah Zaharan (Masjid Terapung)
  • Pantai Batu Burok
  • Mini Zoo Kemaman
  • Monica Bay
  • Kelip-Kelip di Sungai Yah-Yah
  • Taman Tamadun Islam (TTI)
  • Kampung Losong

PLACE YOUR ORDER



 

 

ITENARI

HARI 1 : KUALA TERENGGANU(L)

Anda akan disambut oleh wakil kami di stesen Bas/Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Anda akan dibawa ke tempat lawatan pertama iaitu ke Masjid Tengku Tengah Zaharah atau dikenali sebagai Masjid Terapung untuk bersantai dan membersihkan diri. Kemudian, anda akan dibawa ke Noor Arfa Craft Complex untuk melihat proses pembuatan batik dan melakukan sendiri projek DIY Craft anda. Check-in Homestay. Pada sebelah petang, destinasi bewrikutnya adalah ke Pantai Batu Burok. Disana anda akan bersantai menikmati keindahan pantai yang terkenal di Kuala Terengganu. Pada sebelah malam, anda akan dibawa ke tempat makan malam* sebelum dibawa ke Homestay untuk beristirehat.

 

HARI 2 : KUALA TERENGGANU-KEMAMAN

Selepas dibawa ke tempat sarapan, anda akan dibawa menuju ke Mini Zoo Kemaman, di daerah Kemaman yang memakan masa  3 jan  30 minit dari pusat bandar Kuala terengganu. Meneruskan lawatan ke Mini Zoo Kemaman. Menariknya zoo ini menggabungkan taman buah-buahan, taman herba, taman tumbuhan tropikal, taman orkid, taman bonsai, taman rekreasi air dan mini zoo. Setelah itu, singgah di Warung Aziz Sata untuk menikmati makanan tengahari di samping sata,keropok lekor, udang celup tepung dan pelbagai lagi. Singgah di Monica Bay(Pantai teluk Mak Nik).Check-In Homestay. Pada sebelah malam, anda akan dibawa untuk dibawa melihat Kelip-Kelip di Sungai Yah-Yah.Selesai aktiviti,balik ke penginapan.

 

HARI 3 : KEMAMAN-KUALA TERENGGANU

Setelah check-out dari homestay, anda akan dibawa pulang ke Bandar Kuala Terengganu. Destinasi berikutnya ialah ke Taman tamdun Islam (TTI) untuk lawatan ke Taman Monumen dan menaiki TTI River Cruise serta anda akan dapat melihat Masjid Kristal. Seterusnya, anda akan dibawa ke Kampung Losong untuk membeli Keropok Losong yang terkenal dalam kalangan pelancong kerana keenakannya. Setelah itu, anda akan dibawa ke Stesen Bas/Lapangan Terbang Kuala Terengganu untuk bertolak pulang.

 

Lawatan Selesai

 

HARGA PAKEJ TEMASUK:

  1. Penginapan Homestay*1 Malam di Kuala Terengganu
  2. Penginapan Homestay*1 Malam di Kemaman
  3. Makan minum seperti aturcara
  4. Pengankutan
  5. Bayaran Masuk Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman
  6. Bayaran Masuk Santuari Kelip-Kelip  Sungai Yah-Yah
  7. Bayaran DIY Craft Batik di NACC
  8. Bayaran Taman Monumen dan TTI River Cruise

 

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK

  1. Makan Minum selain dari aturcara*
  2. Perbelanjaan Peribadi
  3. GST 6%

 

PENDAFTARAN

Bayaran pendahuluan sebanyak 25% per pharga pakej selepas menerima pengesahan dari kami. Pembayaran hendaklah dibuat melalui pembayaran tunai atau deposit ke akaun:

KOKITAB TRAVEL &TOURS SDN BHD

MBB 5630 1901 7270

*Slip pembayaran hendaklah difakskan atau diemelkan kepada pihak kami untuk rujukan .

 

*NOTA

  • Harga sah sehingga
  • 10% Diskaun untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah
  • Maklumat aturcara, penginapan dan makanan yang mana tercatat dalam aturcara adalah tertakluk kepada perubahan semasa bergantung kepada tarikh tanpa sebarang notis.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kuala Terengganu City Tour + Kemaman City Tour”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UA-114495040-1